Thursday, August 23, 2012

Tengok la nanti

Cermin diri dulu baru la nasihat orang lain
kalau tak, serupa kau cakap dalam cermin
Rasa hormat masih ada
Tapi sudah muak dengan kepuraan 
sudah muak dengan sikap 'kamu' semua
Lebih tua,tapi mentaliti,fikiran masih tertutup
terkongkong dek adat yang sudah tak relevan
terlalu cetek pemikiran sampai hilang pertimbangan
terlupa yang setiap manusia sama di sisi Allah
tiada taraf,status,harta yang mampu membezakan manusia
dan semua tu hanya sementara
serupa macam tak menerima ketentuan
terus terjun dalam konklusi tentang benda yang bukan-bukan
poin-poin yang lemah,tapi nak bambu tak tentu pasal
putar belit sekadar nak tutup kelemahan dan kesilapan sendiri
jangan 'sok tahu' sedangkan kami yang sentiasa di sini
bukan 'kamu' yang jarang sekali berada di sini
bila satu-satu hal terjadi
terus salahkan kami
bukan nak mendalami
cuma tahu menyalahi dan memaki
bila perkara yang betul dilontarkan
terus menukar haluan,untuk tunjuk baik
pengaruh orang lain supaya ada sokongan
sinis dan sindiran dari mulut celaka
yang tak pernah diam
sentiasa berbunyi,kononnya kau paling baik sekali
orang lain semuanya salah
hasilnya,kita lihat nanti
sejauh mana 'sayangnya' kau pada kami
bukan nak berlagak
kami boleh hidup atas kaki sendiri
sebab dari dulu lagi 'kamu' tak pernah kisah
dan kami pun sudah terbiasa
tengoklah nanti

Wednesday, July 4, 2012

July 1st 2012

malam yang hening
hati tersentuh
akibat satu pengakuan
terserlah keihklasan
kejujuran
jawapan diluahkan
moga kekal selamanya
Aminnn

Saturday, June 30, 2012

put a little trust

trust or believe 
they seem hard to be done
but i do put a little trust on you
realizing there's a big wall ahead
but i still put a little trust
hoping that we can break the wall
so that we can pursue the dreams or fantasies
that you have been telling me
but
i don't have the confidence
as much i said that i am very confident
deep in my heart
there was none
i pretend to
because i'm afraid
afraid of every possibilities that would come
afraid of every trust you put on me
afraid that i'll let you down
afraid that you'll change one day
afraid of losing you in the end
and all of the memories will be worthless
and there will be the sad ending
which i hate the most

please
don't let me down
don't let the uncertain kills me
don't let any of memories we built gone
because i appreciate and love them as much as you do.

Thursday, June 21, 2012

Alhamdulillah

Salam di hulur.

Result,result,result,result
Dia keluar awal
tak menyempat betul
tak sempat aku nak bersedia
Tak bagi chance langsung
Pentipu betul
Cakap dia keluar 22 haribulan
Tapi 21 haribulan dah keluar
Apa kau ingat kalau keluar 22 haribulan
Result kau naik 1 pointer ka

Kecewa,sedih,moody
Emosi betul aku lepas check result
Jatuh 
Aku dah jangka
Tapi tetap kecewa
Nasib baik tak jatuh tersungkur
Melecet sikit 
Lepas dapat plaster ok la tu

Tapi jangan lupa
Rezeki Allah bagi
Dia tahu setakat mana usaha aku
Banyak tu saja yang aku layak dapat
Jadi,jangan pertikai
Aku bersyukur.Alhamdulillah
Redha dan terima dengan hati yang terbuka luas
Jauhkan segala sifat negatif

Positif sikit
Semester depan insyaallah
Pulun lagi
Supaya result lebih baik
Aminnnnnn.

Sunday, June 17, 2012

Nebes

Sinar matahari makin pudar

Tanggal 22 Jun semakin hampir
Aku semakin nebes
Setiap kali pun begitu
Nebes dia tak tahu macam mana nak digambarkan
Macam nebes nak kahwin kot
Tapi aku tak peduli
Aku tak sabar sebenarnya
Tapi aku masih sangat nebes
Entah kenapa
Aku harap kejadian lalu tak berulang (kena sekat)
Jadi,aku jadi semakin nebes
Aku tak sabar
Ini membuatkan aku nebes
Aku membebel pasal nebes sebab
22 Jun result keluar
Sebab tu aku nebes.
Ok.bai


Saturday, June 9, 2012

Bintang

Malam penduduk dunia
Sambil upload gambar untuk DP facebook aku dan melayan warta berita dari televisi kerajaan. Aku tertanya kenapa langit di sini tiada bintang seperti langit Kuantan. Akibat pengaruh dari siaran drama di televisi, aku suka tengok bintang dan anggap bintang tu la yang paling cantik daripada apa-apa yang wujud dalam dunia ni. Klise bukan?Aku tak hairan kerana pengaruh ini dah ada dengan kita sejak dari dalam embryo lagi. Tapi entah kenapa, aku tercari-cari bintang di langit sini bila pulang.Eh lupa nak mensi tadi, telinga aku yang semakin dimamah kebosanan akibat lagu yang sedia ada dalam laptop aku. Kembali semula kepada topik aku. Banyak ertinya bintang ni buat aku. Namun,bila difikir kembali sebenarnya, bintang yang kita rasa cantik ni ciptaan yang sangat mengagumkan daripada Yang Esa.Kecantikan inilah kadang-kadang buat kita terlupa,terleka,terabai dan lebih teruk lagi tenggelam dalam kecantikan bintang itu. Semoga dijauhkan hendaknya.Tapi, tujuan aku mencari bintang ni sebenarnya nak berlagak macam di drama-drama tv yang menghayati kecantikan bintang di langit. Nampak tidak cerdik sebenarnya,hanya sekadar mahu meniru tapi aku hanyalah ingin menghayati ciptaan Yang Esa.Ada kepuasan? Mungkin.Tetapi,manusia mana pernah puas mengecap kehidupan di dunia ni,dan tidak terkecuali aku.Aku mengaku,aku tak puas dengan apa yang aku ada, tapi apa boleh buat? Takkan aku nak merompak, baru boleh memenuhi segala keperluan aku. Tapi aku bahagia ke dengan cara tu. Apa yang aku boleh buat hanyalah berharap,berdoa, percaya,yang pasti ada sesuatu yang Dia rancang untuk aku. Saat aku rasa kekurangan, ada saja yang memenuhi. Biar tak sama yang aku inginkan,tapi tetap ada bahagian aku. Jadi aku perlu bersyukur setiap hari dengan nikmat diberi baru hidup di dunia bermakna. Cukuplah apa yang aku ada,jika dikurnia nikmat, aku terima. Alhamdulillah terucap sebagai tanda syukur buatNya.

Friday, June 8, 2012

Random

Hi people,

Melayan laman sosial sambil tv menayang drama melayu yang dah berapa kali ulang.
Duduk melepak depan baby asuski, sambil layan lagu-lagu yang dah rasa bosan mendengarnya.
Patut tulis sesuatu.Sebab tu tulis benda-benda rawak saja.
Aktiviti hari tak ada beza dengan semalam.Mungkin esok berbeza.Mana tahu kan.