Saturday, June 9, 2012

Bintang

Malam penduduk dunia
Sambil upload gambar untuk DP facebook aku dan melayan warta berita dari televisi kerajaan. Aku tertanya kenapa langit di sini tiada bintang seperti langit Kuantan. Akibat pengaruh dari siaran drama di televisi, aku suka tengok bintang dan anggap bintang tu la yang paling cantik daripada apa-apa yang wujud dalam dunia ni. Klise bukan?Aku tak hairan kerana pengaruh ini dah ada dengan kita sejak dari dalam embryo lagi. Tapi entah kenapa, aku tercari-cari bintang di langit sini bila pulang.Eh lupa nak mensi tadi, telinga aku yang semakin dimamah kebosanan akibat lagu yang sedia ada dalam laptop aku. Kembali semula kepada topik aku. Banyak ertinya bintang ni buat aku. Namun,bila difikir kembali sebenarnya, bintang yang kita rasa cantik ni ciptaan yang sangat mengagumkan daripada Yang Esa.Kecantikan inilah kadang-kadang buat kita terlupa,terleka,terabai dan lebih teruk lagi tenggelam dalam kecantikan bintang itu. Semoga dijauhkan hendaknya.Tapi, tujuan aku mencari bintang ni sebenarnya nak berlagak macam di drama-drama tv yang menghayati kecantikan bintang di langit. Nampak tidak cerdik sebenarnya,hanya sekadar mahu meniru tapi aku hanyalah ingin menghayati ciptaan Yang Esa.Ada kepuasan? Mungkin.Tetapi,manusia mana pernah puas mengecap kehidupan di dunia ni,dan tidak terkecuali aku.Aku mengaku,aku tak puas dengan apa yang aku ada, tapi apa boleh buat? Takkan aku nak merompak, baru boleh memenuhi segala keperluan aku. Tapi aku bahagia ke dengan cara tu. Apa yang aku boleh buat hanyalah berharap,berdoa, percaya,yang pasti ada sesuatu yang Dia rancang untuk aku. Saat aku rasa kekurangan, ada saja yang memenuhi. Biar tak sama yang aku inginkan,tapi tetap ada bahagian aku. Jadi aku perlu bersyukur setiap hari dengan nikmat diberi baru hidup di dunia bermakna. Cukuplah apa yang aku ada,jika dikurnia nikmat, aku terima. Alhamdulillah terucap sebagai tanda syukur buatNya.

No comments:

Post a Comment