Saturday, June 30, 2012

put a little trust

trust or believe 
they seem hard to be done
but i do put a little trust on you
realizing there's a big wall ahead
but i still put a little trust
hoping that we can break the wall
so that we can pursue the dreams or fantasies
that you have been telling me
but
i don't have the confidence
as much i said that i am very confident
deep in my heart
there was none
i pretend to
because i'm afraid
afraid of every possibilities that would come
afraid of every trust you put on me
afraid that i'll let you down
afraid that you'll change one day
afraid of losing you in the end
and all of the memories will be worthless
and there will be the sad ending
which i hate the most

please
don't let me down
don't let the uncertain kills me
don't let any of memories we built gone
because i appreciate and love them as much as you do.

Thursday, June 21, 2012

Alhamdulillah

Salam di hulur.

Result,result,result,result
Dia keluar awal
tak menyempat betul
tak sempat aku nak bersedia
Tak bagi chance langsung
Pentipu betul
Cakap dia keluar 22 haribulan
Tapi 21 haribulan dah keluar
Apa kau ingat kalau keluar 22 haribulan
Result kau naik 1 pointer ka

Kecewa,sedih,moody
Emosi betul aku lepas check result
Jatuh 
Aku dah jangka
Tapi tetap kecewa
Nasib baik tak jatuh tersungkur
Melecet sikit 
Lepas dapat plaster ok la tu

Tapi jangan lupa
Rezeki Allah bagi
Dia tahu setakat mana usaha aku
Banyak tu saja yang aku layak dapat
Jadi,jangan pertikai
Aku bersyukur.Alhamdulillah
Redha dan terima dengan hati yang terbuka luas
Jauhkan segala sifat negatif

Positif sikit
Semester depan insyaallah
Pulun lagi
Supaya result lebih baik
Aminnnnnn.

Sunday, June 17, 2012

Nebes

Sinar matahari makin pudar

Tanggal 22 Jun semakin hampir
Aku semakin nebes
Setiap kali pun begitu
Nebes dia tak tahu macam mana nak digambarkan
Macam nebes nak kahwin kot
Tapi aku tak peduli
Aku tak sabar sebenarnya
Tapi aku masih sangat nebes
Entah kenapa
Aku harap kejadian lalu tak berulang (kena sekat)
Jadi,aku jadi semakin nebes
Aku tak sabar
Ini membuatkan aku nebes
Aku membebel pasal nebes sebab
22 Jun result keluar
Sebab tu aku nebes.
Ok.bai


Saturday, June 9, 2012

Bintang

Malam penduduk dunia
Sambil upload gambar untuk DP facebook aku dan melayan warta berita dari televisi kerajaan. Aku tertanya kenapa langit di sini tiada bintang seperti langit Kuantan. Akibat pengaruh dari siaran drama di televisi, aku suka tengok bintang dan anggap bintang tu la yang paling cantik daripada apa-apa yang wujud dalam dunia ni. Klise bukan?Aku tak hairan kerana pengaruh ini dah ada dengan kita sejak dari dalam embryo lagi. Tapi entah kenapa, aku tercari-cari bintang di langit sini bila pulang.Eh lupa nak mensi tadi, telinga aku yang semakin dimamah kebosanan akibat lagu yang sedia ada dalam laptop aku. Kembali semula kepada topik aku. Banyak ertinya bintang ni buat aku. Namun,bila difikir kembali sebenarnya, bintang yang kita rasa cantik ni ciptaan yang sangat mengagumkan daripada Yang Esa.Kecantikan inilah kadang-kadang buat kita terlupa,terleka,terabai dan lebih teruk lagi tenggelam dalam kecantikan bintang itu. Semoga dijauhkan hendaknya.Tapi, tujuan aku mencari bintang ni sebenarnya nak berlagak macam di drama-drama tv yang menghayati kecantikan bintang di langit. Nampak tidak cerdik sebenarnya,hanya sekadar mahu meniru tapi aku hanyalah ingin menghayati ciptaan Yang Esa.Ada kepuasan? Mungkin.Tetapi,manusia mana pernah puas mengecap kehidupan di dunia ni,dan tidak terkecuali aku.Aku mengaku,aku tak puas dengan apa yang aku ada, tapi apa boleh buat? Takkan aku nak merompak, baru boleh memenuhi segala keperluan aku. Tapi aku bahagia ke dengan cara tu. Apa yang aku boleh buat hanyalah berharap,berdoa, percaya,yang pasti ada sesuatu yang Dia rancang untuk aku. Saat aku rasa kekurangan, ada saja yang memenuhi. Biar tak sama yang aku inginkan,tapi tetap ada bahagian aku. Jadi aku perlu bersyukur setiap hari dengan nikmat diberi baru hidup di dunia bermakna. Cukuplah apa yang aku ada,jika dikurnia nikmat, aku terima. Alhamdulillah terucap sebagai tanda syukur buatNya.

Friday, June 8, 2012

Random

Hi people,

Melayan laman sosial sambil tv menayang drama melayu yang dah berapa kali ulang.
Duduk melepak depan baby asuski, sambil layan lagu-lagu yang dah rasa bosan mendengarnya.
Patut tulis sesuatu.Sebab tu tulis benda-benda rawak saja.
Aktiviti hari tak ada beza dengan semalam.Mungkin esok berbeza.Mana tahu kan.


Thursday, June 7, 2012

kehidupan


Hidup bukan macam dalam drama tv,penamatnya mampu dijangka. 
Hidup tak semudah melihat bintang di langit, tapi kesukarannya tiba bila kita cuba mencapainya.
 Hidup tak akan selalunya bersinar macam bulan di malam hari, tapi mampu jadi gelap gelita di waktu gerhana malah hilang dari pandangan pabila hujan. 
Hidup tak selalu indah macam anak-anak kecil bermain di pantai kerana kita tak tahu bila ombak membadai daratan.
Hidup boleh jadi senang tapi lebih mudah jadi payah. Manusia, makhkluk istimewa dikurnia akal untuk berfikir solusi dan berusaha mengatasi masalah. Biar sebesar mana masalah, biar segunung tekanan menimpa pasti ada penyelesaiannya.
 Tapi kepercayaan keyakinan,ketakutan mestilah diletakkan pada Yang Esa. Hanya Dia yang akan memberi pertolongan,petunjuk dan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran. Kesudahannya, hanya Dia yang tahu.

I find these quotes interesting.

“Life is what happens to you while you're busy making other plans.” - John Lennon-

“Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.”- Mother Theresa-

I'm Back!

Salam pembuka kata

Cuti semester pun dah lama bermula. Sampai aku pun sudah ada part-time job.Walaupun gaji ciput,aku tak kisah.Takdela bosan sangat.
Blog ni dah bukan sahaja berhabuk tapi memang patut dah kena buang dalam tong recycle sebab lama sangat tak di update.Otak aku pun dah blur sebab terputus dengan dunia luar dan melagha tak tentu hala di laman sosial.
Macam-macam berlaku dalam masa lebih sebulan ni dan perkara yang berlaku masa semester 4 jangan cakap la. Takpe,satu persatu akan dibongkar.
Buat masa ni biarla entry ni jadi simbol comeback aku.*macam la ada orang perasan kau tulis ke tak blog kau.
Ah,aku tak kisah. Untuk aktifkan kembali otak aku yang tersangat la blur ni,aku kena menulis,berfikir supaya sel-sel otak aku bersambung balik.
Salah satu sebab aku menulis balik adalah......
Aku dah memiliki, mempunyai, laptop sendiri.Yeah! Nama diberi baby asuski.*gedik?aku kesah pulak
Well,secara teknikalnya,dia adalah netbook dan aku pernah berjanji dengan diri aku yang aku akan rajin menulis entry kalau aku ada laptop (baby asuski) sendiri.
Jadi,bersedialah membaca bebelan aku selepas ni.!