Thursday, June 7, 2012

I'm Back!

Salam pembuka kata

Cuti semester pun dah lama bermula. Sampai aku pun sudah ada part-time job.Walaupun gaji ciput,aku tak kisah.Takdela bosan sangat.
Blog ni dah bukan sahaja berhabuk tapi memang patut dah kena buang dalam tong recycle sebab lama sangat tak di update.Otak aku pun dah blur sebab terputus dengan dunia luar dan melagha tak tentu hala di laman sosial.
Macam-macam berlaku dalam masa lebih sebulan ni dan perkara yang berlaku masa semester 4 jangan cakap la. Takpe,satu persatu akan dibongkar.
Buat masa ni biarla entry ni jadi simbol comeback aku.*macam la ada orang perasan kau tulis ke tak blog kau.
Ah,aku tak kisah. Untuk aktifkan kembali otak aku yang tersangat la blur ni,aku kena menulis,berfikir supaya sel-sel otak aku bersambung balik.
Salah satu sebab aku menulis balik adalah......
Aku dah memiliki, mempunyai, laptop sendiri.Yeah! Nama diberi baby asuski.*gedik?aku kesah pulak
Well,secara teknikalnya,dia adalah netbook dan aku pernah berjanji dengan diri aku yang aku akan rajin menulis entry kalau aku ada laptop (baby asuski) sendiri.
Jadi,bersedialah membaca bebelan aku selepas ni.!

No comments:

Post a Comment